HAFIZ SUIP BAKAL ADAKAN KONSERT DI KUCHING OKTOBER INI

OlehFarisha1 Ogos 2024, I Love Borneo

‘Perjalananku’, Hafiz Suip persembah konsert solo di Hikmah Exchange pada 13 Oktober ini

Hafiz Suip Bakal Adakan Konsert Di Kuching Oktober Ini. Peminat-peminat muzik di Kuching bakal disajikan dengan konsert daripada penyanyi terkenal tanah air, Hafiz Suip. Konsert yang bertajuk “Perjalananku” akan berlangsung pada 13 Oktober 2024 di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching.

Acara yang dinanti-nantikan ini dijadualkan bermula pada pukul 8.45 malam. Para peminat Hafiz Suip berpeluang menyaksikan persembahan live artis berbakat ini dalam suasana yang meriah dan eksklusif. Konsert ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan MCF Academy Sdn Bhd, dengan sokongan MyCreative Ventures.

Penjualan tiket secara online telah dibuka hari ini

Bagi mereka yang berminat untuk hadir, tiket rasmi boleh dibeli melalui laman web MCFevent.com. Pembelian awal adalah digalakkan memandangkan konsert ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat-peminat Hafiz Suip di Sarawak dan sekitarnya.

Hafiz Suip, yang terkenal dengan suara emasnya, pasti akan membawakan lagu-lagu hit beliau. Konsert “Perjalananku” ini merupakan peluang keemasan bagi peminat untuk menyaksikan bakat luar biasa Hafiz Suip secara langsung.

Videos

Scroll to Top