PERSEMBAHAN HAFIZ SUIP UBAT RINDU PEMINAT DI SARAWAK

KUCHING: Kerinduan untuk mendengar lantunan suara emas penyanyi kesayangan Sarawak, Hafiz Suip akhirnya terubat dengan kemunculan konsert sulungnya di bumi kenyalang di Pusat Acara Hikmah Exchange  Kuching bagi Konsert Hafiz Suip – Perjalananku, di sini, malam tadi. Seramai 3,000 ribu peminat dari seluruh Malaysia hingga Brunei turun ke Kuching bagi memberikan sokongan kepada penyanyi kegemaran mereka ini. Pembukaan lagu ‘Awan Nano’ oleh Hafiz telah menyemarakkan suasana konsert itu dengan alunan nyanyian suara para peminatnya yang bernyanyi bersama-sama.

Konsert itu juga diikuti dengan lagu-lagu lainnya seperti ‘Masih Jelas’, ‘Matahari’, ‘Noktah Cinta’ dan ‘Ombak Rindu’ berduet bersama-sama bakat penyanyi tempatan. Kehadiran penyanyi terkemuka negara, Ernie Zakri sebagai artis undangan dan penyanyi duet Hafiz juga tidak kurangnya. Jeritan suara peminat bergema di seluruh Pusat Exchange itu ketika Ernie membuat persembahan seakan-akan tidak percaya Ernie turut menghadiahkan dua buah lagunya iaitu ‘Masing-masing’ dan juga lagu baharunya ‘Gelita’ dari album Aura yang baru sahaja dikeluarkan sebulan yang lalu. Dengan penuh penghayatan, Hafiz dan Ernie membawa lagu duet mereka iaitu ‘Berakhirlah Pencarianku’ yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka. Ini merupakan satu kesempatan emas untuk mereka mendendangkan lagu duet bersama-sama atas pentas sejak lagu ini dikeluarkan tahun 2021.

Selain itu, Hafiz turut memberikan ‘tribute’ kepada peminat ciliknya, Aariz Faiz yang tmenghembuskan nafas terakhir pada 20 Mei lepas dengan persembahan lagu ‘Kisah Cinta Kita’ yang menyentuh perasaan. Sebelum menutup tirai Konsert Hafiz Suip – Perjalananku, Hafiz mendendangkan lagi tiga lagu terakhir miliknya iaitu ‘Ku Akui’, ‘Bahagiamu Deritaku’ dan ‘Terus Bersinar’. Seperti yang dijanjikan, Hafiz turut memberikan peluang kepada bakat-bakat tempatan Sarawak bagi menunjukkan bakat dalam industri muzik Malaysia. Oleh itu, beberapa bakat tempatan telah membuatkan persembahan nyanyian di pentas untuk dengan mendendangkan lagu penyanyi lain. Kesemua ahli muzik dari penyanyi latar hingga pemain sape yang hadir pada konsert malam tadi merupakan anak kelahiran Sarawak.

Videos

Scroll to Top